About Me

My Photo
nur syariha binti ghazali. simple, but nice.. :)

Friday, May 25, 2012

iman.

aku perempuan hina.

menipu dalam bercinta.

aku baru lps tgk cter Eiffel I'm in love.
cter ni dah lama tahun 2006 tp aku baru nak tgk.
cter okay la, tp agak tak sesuai sbb heroin dalam cter ni terlalu muda.
15 tahun. kanak2 sgt -__-
tapi sweet la. :)

mesej yang cuba nak disampaikan kat cter ni,
bila cinta, apa pun kau sanggup buat.
even menipu.
tp menipu bukan konsep menipu perasaan or ada perempuan lain ke apa.
laki dalam cter ni menipu ckp dorang ni dah dijodohkan oleh mak bapak masing2.
so demi parents, dorg sanggup la kawen even masa awal2 tu dorg tak bercinta pun.
tp yang laki ni sayang gila kat perempuan ni dari kecik cuma dia tak tunjuk.
ego.

overall cter dia okay la..
sweettttttttttt :)

teringt cerita gemersik kalbu. konsep yang sama.
berkahwin atas dasar terpaksa atau pilihan keluarga kadang2 ada baiknya.

Syaa.

Thursday, May 24, 2012

batu.

dangg... esok adalah test terakhir untuk sem ni.
test geology pasal batu2 yang aku tak minat siket pun pasal benda2 ni.
-__- tak baik kan. terpaksa. tp nak buat mcm mana.
gahhaaaaa.. cepat betul masa jalan.
rasa mcm baru je cuti panjang sem lps.
tup2 dah nak datang balik cuti.
next week will be a study week then the following week exam start.
:o
wehh, cepat gila.

okay, lets struggleeeee!

tak saba nak habis exam then cutiiii!
aku nak cari environment baru.
yang menyeronokkan, bukan yang memeningkan.
aku taknak ingt lagi benda2 'sampah' yang melanda aku skarang.
tolonglah cpt habis exam.

ouh btw,
yesterday was greatttt!
first time aku try kek kat alexis bangsar.
it was sooooo greattt! :D
pecan cheese cake.
tp siket mahal la.
mcm tak berbaloi je.
tp aku rasa untuk first try, okay la.
skali skala merasa kek mcm tu.
dah lama gila nak mkn kek situ senanya sbb org dok pungpang2 kecoh pasal kedai tu.
actually kedai tu mcm western and bar.
tp aku just beli kek jela.
and b4 beli tu pun dah tanya kat cashier tu ada alcohol or tak.
then dia ckp tak ada, so proceed je la. :)

aku nak red velvettttttt!
malangnya dah habis.
yelah, pergi pun dah pukul 10. tinggal berapa slice kek je time tu.
tak kesah la.
next timeeeee for red velvet! :D

and aku pun berbukaklah puasa dgn org yang tiba2 dia belanja aku.
hahahahh.. rezeki bulan Rejab.
terima kasih, semoga dimurahkan rezeki. :)

cerita semalam harini baru nak post.
lembab gila aku ni kan. -__-
harini pressure, so as usual,
ceritera reeha jadi tempat bercerita. :)

Tuesday, May 22, 2012

surat buat Rejab.

Assalamualaikum Rejab.

Alhamdulillah sekali lagi Rejab datang jumpa Reeha.
lama reeha tunggu. hari2 menghitung jam menunggu ketibaan Rejab.
semoga kedatangan Rejab kali ini akan membawa lebih banyak "buah tangan" dunia dan akhirat untuk Reeha.
Insya Allah, Reeha akan cuba berpuasa sama2 dengan Rejab.

Rejab, semoga ketenangan hati menjadi milik kita.
semoga ibadah kita diterimaNya.
Rejab, temanilah reeha dengan zikir dan istighfar padaNya.
Rejab, semoga ikatan tahun ini, akan lebih baik dari sebelumnya.

kasih Rejab,
Syaa Reeha.

Sunday, May 20, 2012

Lord, i beg. stop this feeling.

"unty, saya dah tak larat dgn perangai dia"

ujar ajnabi itu.
aku ulang, AJNABI.
kalau tak faham apa tu ajnabi, google.

-dilemma wanita episod tak ingt.

dan aku betul2 tak faham,
kalau dah tak tahan, kenapa tak terus terang je kat perempuan tu.
and kenapa kau perlu nak mengadu kat mak dia pulak?
hello, tu mak dia.
semua masalah perhubungan bukan mak perempuan tu yang tanggung.
kau ada masalah dgn perempuan tu, tak tahan ckp terus terang je la.
kau boleh ckp DKT MAK PEREMPUAN TU
kau tak tahan dgn perangai dia.
kau pernah terfikir tak yang mak tu akan kecik hati?
itu anak yang dia besarkan dari kecil.
kalau mak tu sendiri yang merungut dia tak tahan dgn perangai anak dia, its fine.
sbb dia yang jaga, dia yang besarkan.
sampai ke besar, tak ada satu word TAK TAHAN pun yang pernah mak tu ckp kat anak dia.
ni org luar mengadu mcm tu kat mak dia?
kau tu siapaaa??
kalau tak sanggup tak tahan jgn teruskan.
and kau tak perlu nak mengadu kat mak perempuan tu mcm tu sbb
BELUM ADA IKATAN SAH PUN.
faham kan maksud aku?

ada satu bab yang lebih aku tak faham bila
masalah hubungan,
kau mengadu dkt perempuan lain.
haaa??
haaaaaaa??????
kalau benda jadi kat aku, TERSENTAP HATI URAT SARAF SEGALA.

mata masih terpaku menghayati drama.
dalam kepala aku, ada dua situasi.

situasi pertama.
"weh, nak tanya. kalau perempuan merajuk kita nak pujuk mcm mana ea? kita kene buat apa?"
aku rasa ini nak tanya pendapat. bukan mengadu.

situasi kedua.
"weh, kasih(bukan nama sebenar) gaduh dgn aku. dia ckp dia tak boleh go on dgn aku."
ini mengadu.

dan org yang kau mengadu tu bukan kenalan rapat kau, bukan kenalan 11tahun kau,
bukan rakan sebilik kau.
tapi org luar yang kau sendiri kenal melalui kekasih kau sendiri.
letakkan situasi ni kat kau, apa kau rasa??
org luar. yang terkantoi dpn mata seorang.
yang lain tak tahu tah berapa ramai lagi.

kadang2 cerita2 'drama2' ni ada logiknya kalau kita fikir.
hidup bercinta bukan untuk sehari dua.
kalau tak tahan maka jangan teruskan.
mungkin tu simbol awalan untuk kau sedar yang kau bukan jodoh dgn dia.

berkahwin bukan bermaksud kau perlu melayan isteri kau sebagai ISTERI.
tetapi kau melayannya sebagai teman wanita sehidup semati.
memahami dia seperti mana kau mengenalinya dari awal dulu.

manusia tak cari yang perfect.
ada org mencari yang soleh/solehah.
ada org mencari rupa
ada org mencari harta
ada org mencari yang berilmu

dan kita sememangnya dibenarkan untuk mencari jodoh yang ada semua tu.

dan aku benar2
inginkan seorang yang soleh dan bertanggungjawab.
kerana suami bukan untuk dibimbing, tetapi membimbing.
dan memahami aku, menerima apa burukku.
tak banyak.

bukan bila ada masalah,
kau pergi cari jalan karut nak bunuh diri segala dan berharap agar mati cepat.
yang jenis mcm ni,
aku tak tahu mana dia letakkan nilai nyawa yang tuhan bagi hanya kerana seorang kekasih.
hanya menampakkan kebodohan diri sendiri, kelemahan diri yang tak mampu nak handle benda kecik
yang dah kahwin nanti, mcm mana pulak.

gagal bercinta bukan penentu hidup kau musnah selama lamanya.

dari 'drama' aku melihat.
lantas, aku memerhati.

Thursday, May 17, 2012

beban.

aku ingt dapat kurangkan tensyen
rupanya makin menambahkan tensyen aku.
dgn tak ada kata semangat
menegakkan benang yang basah.
glad, i can see this now.
hanya menambahkan beban sarat pale otak.
sumpah tak membantu.

aku tak tahan lagi.

malankolik kehidupan.

why am too weak.. :(

danggg! miserable.
week13, another 2 test, and one assignment to be submitted.
upcoming test on week 14, tak tahu la berapa banyak lagi.

too bad huh?
sebelum nak capai title 'cikgu', this is the rule.
be stronggggg reehaaaaaaa :(

Monday, May 14, 2012

HARI IBU

AHAD. 6.30 pagi. 
kelopak mata sudah mula berjinak jinak mempamerkan 'pupil' yang dikelilingi iris berwarna coklat gelap.
Selamat Pagi dunia.
menggeliat dengan senyuman. :)
ouh, hari ini hari ibu.
SELAMAT HARI IBU, MAK.

merangkak perlahan menuju ke meja.
soket dipasang, suis dinyalakan.
komputer riba mula beroperasi bagai waktu bekerja.
sepi.
bersendiri dalam kamar yang seakan2 terbiar 2 tahun lamanya. semak.
hati berbisik, biarkan dahulu.
perlahan jari menekan satu persatu huruf memasukkan kata laluan.
laman muka buku menjadi destinasi pertama.

'news feed' dipenuhi ucapan hari ibu.
gembira membaca satu persatu ucapan mereka buat bonda tersayang.
sedang jari leka menggerak gerakkan penunjuk tetikus.
terhenti pada satu 'statement'
HARAM MENYAMBUT HARI IBU

terdiam.
isu yang berjaya meransang sensori hati menjadikan aku resah secara tidak langsung.
mengapa? haramkah?
bukankah kita hanya ingin menghargai seorang wanita yang bertarung nyawa melahirkan anak2 comel ini?
hanya menjadikan satu hari istimewa buat bonda2 tercinta?
jari semakin ligat klik pada link2 berkaitan. mancari penjelasan pasti.

SAMBUTAN HARI IBU ADALAH SEPERTI MENYAMBUT 'MOTHER CHURCH'

posisi meniarap bertukar ke posisi duduk.
apa yang hanya terlintas dalam hati,
aku tidak mahu menyambut 'mother church' itu.
aku hanya ingin mengucapkan selamat hari ibu buat satu2nya ibu yang aku ada dalam dunia ini
sebagai tanda terima kasih kerana membesarkanku.
hanya itu.

google.
antara laman sesawang yang menjadi lokasi rujukan universal.
SAMBUTAN HARI IBU ditaip penuh pada kotak search.
tercatat bahawa setiap negara mempunyai tarikh tersendiri sempena hari ibu.
dan ada yang memberi statement
Malaysia telah menyelaraskan hari ibu ialah pada minggu kedua bulan mei pada hari ahad.

adakah hanya satu kebetulan tarikh 13 Mei tahun ini bersamaan dgn mother church itu?
bagaimana pula dgn negara lain yang meraikan hari ibu pada tarikh yang berlainan?
bukankah sambutan yang sama juga yakni HARI IBU?
dan pada tarikh yang berlainan itu, adakah ianya juga sambutan mother church???

pengharaman hari ibu.
bagaimana pula dgn HARI BAPA? HARI KANAK2 SEDUNIA? HARI WARGA EMAS? HARI PEKERJA? HARI GURU????
bukankah kita menyambutnya setiap tahun?
adakah pengharaman hari2 itu?

aku benar2 inginkan penjelasan. aku benar2 mahukan sesuatu yang teguh menyatakan hari ibu adalah haram.

apa yang sering terlintas di benak,
hanya dua.

satu, adakah ia hukum Allah yang memang mengharamkan umat untuk meraikan sambutan hari ibu.

dan kedua, manusia yang sering mendapat informasi terburu2 dalam laman sesawang tanpa menyelidik apa sebab pengharaman itu.

wallahualam.

aku masih seorang gadis yang menagih ilmu2 alam dunia dan akhirat.

jika baik benda itu, salahkah kita sekiranya ingin berkongsi kebaikan itu.

jika haram, kukuhkan kenyataan, dan hindarinya jika benar2 haram.

hanya nawaitu,
satu penghargaan buat seorg wanita mulia.
pengorbanan wanita yang tak pernah berhenti membesarkanku,
Ya Rabb, aku mohon,
masukkan wanita itu dalam syurga tertinggimu.
wan wanita itu,
adalah ibuku.

mak, selamat hari ibu.

Tuesday, May 8, 2012

MALAM ANUGERAH BESTARI :)

dah lama gila rasa tak update blog ni.
biasa la da nak dkt2 exam ni tak byk masa nak cari idea.
ouh dan kebetulan semalam merupakan dinner kolej 4 yakni kolej yang aku menetap selama 2 tahun ni,
red carpet tak ada. tp photoshoot yang ala2 tak berapa nak photoshoot sgt ada la.
lets get startedddd :D


ni Aisyah :) sweet kan diaaaa!
dulu tak knl sgt ngn dia ni skali dah kenal tudiaaaaa
sebijik mcm kak senah tiha tu. XD



sweet couple. Irsyad and Syira. sama tinggi sama cute comey :)
aney kat belakang ala2 model. -__-



ni antara manusia terpenting untuk aku. Tiha Aziz.
dia ni mcm klinik bergerak aku, handphone bergerak, and susah aku
dia ni yang always tolong aku kat sini.
demam sakit urgent case semua la dia akan on the spot setelkan.
senang kata dia ni power engers aaa.
sayang kauuuuuuu Tiha senget. XD



Dekwan and Abg Naim. antara seniors yang selalu ada dgn ktorg dalam mana2 aktiviti.
dorg ni bestttt!
kelakuan di atas adalah permainan yang kerap ktorg main kat mana2 event bila bosan.
guna jari ltak kat mulut gelas tu pusing sampai keluar bunyi.
we did it! :D


junior soseh2, Aizul. kau jah akak cakap kalau nak bergosip
nak caras nak propa ke cari dia ni.
ceria suasana hidup.
:D


okay, baju ni tak ditaja oleh siapa2.
actually baju yang aku pakai ni ialah baju akak aku untuk dinner kolej dia tahun lps
yang kitorg jumpa kat satu kedai ni.
time tu banyakkkkkk gila gaun kembang2 yang siap ada tudung saji bawah kain tu nak kasi kembang.
pilih punya pilih, yang ni menjadi perhatian sbb unik, scaly, and melethoppssss dikkk..
mengikut sumber jurujual, baju2 yang dijual time tu ialah baju2 model, artis yang tak diguna pakai lagi.
so dorg just lelong je baju2 ni dgn harga yang murahhhh!
so apa lagi, capai la cpt2 sebelum org lain beli.
harga gaun ni hanya RM120



my prettyyyyyy girl, Adila Zahai.
atau nama manja2 dia sulaiman.
ok tu aku sorg je panggil.
kenapa sulaiman pun aku tak tahu. hewhew.
dia antara org kuat kolej yang jadi pengarah untuk 
projek Care 4 All :)



anddddd ni la yang diraikan mlm ni. seniors. :)
ramai antara dorg ni akan grad bulan 10 nanti.
yang kos 4 tahun mcm aku pun maybe ni last dinner untuk dorg 
sbb mungkin final year dorg da stat praktikal mana2
aku sedih senanya sbb aku rasa kat kolej ni aku lebih rapat dgn senior2 ni
banyaknya aku merepek2 bergosip dgn dorg2 ni
so after this, dah tak ada la kak temah kak jah segala nak pungpang2 cter ngn aku.
sobss sobsss..
tp dah lumrah hidup mesti diteruskan :)



antara gadis2 hot 4th kolej
Nabila Mustaza and Faatin Furtado :)



yang tgh tu kak fatin kecik.
banyak benor nama fatin kat kolej ni.
hewhew.
si kecik tu ya rabbi, tak meriah dunia ni tak ada dia.
klako, bising.. hahah. 
tak ada dia, sunyi sepi floor


aku membayangkan kak lala time ni seorg lelaki yang sweet2 bagi bunga kat aku.
tp malangnya, dia perempuan
andddddddd
dia ni kakak pertama yang aku paling suka kat 4th ni.
sbb dia ni la yang salu ada dgn ktorg time mhs.
baru masuk kolej dulu2 ktorg da sembang2 pasal boyfren la
itu ini mcm da lama kenal. haha :D
tp series dia ni syokkkkk
sayang kau kakkkkk


Dekwan :D


Mr. President, Alec
kalau org tak kenal, tgk nama dia wowwwww matsaleh kan Alec.
hehehe.
terima kasih president sbb dah jalankan tugas anda dgn baikkkk sgt3235245
mmg layak menerima anugerah khas pengetua. 
:D



memperkenalkannnnnn, Atoi the hairy mannnn
ok atoi, ni adalah sangat kezutannnn
rambut tanak kalah.. -__-
yang penting, selamat bergraduasi nanti okay?
gudluck.
dia ni antara pembaca setia blog ni. :)


adik, Syafiq nama dia.
junior. adik angkat kak lala.
aku adik kak lala, so secara matematiknya,
dia adik aku jugak. hahaha

ni bukan syafiq si badak air tu ea. hewhew

so ni je aku nak story.
actly byk lagi gambar tp skang aku ada klas.
nak bersiap.
see youuuuuuu :D


Tuesday, April 24, 2012

selamat hari jadi, mak.


for my one and only mak,
HAPPY BIRTHDAY MAK.
untuk seorang mak yang telah membesarkan 21tahun gadis ini,
angah doakan mak panjang umur, dimurahkan rezeki
semoga kita hidup senang kelak,
semoga amal kita diterima Allah dari awal sehingga akhirnya,
semoga keluarga kita bahagia sampai syurga,
semoga Allah merahmati kita sekeluarga.

this cake is special for you mom.
hadiah ni pun tak cukup untuk balas jasa mak selama ni.
terima kasih kerana menjadi mak yang baik dan bertanggungjawab pada ktorang adik beradik.
you're too meaningful for us.
Lord, i beg.
bless this woman
forever.

mak, angah sayang mak.

14 APRIL 2012

Sunday, April 22, 2012

dealll!!

siapa paling tak larat makan banyak dia kena bayar
okay?? -by moncet-

kita tgk sape akan kalah nanti :)

Thursday, April 19, 2012

i want these cats pleaseeeeeeee..

okay ni aku rasa kalau dapat aku lenyek2 dalam selimut.
gerammmmmmm
comeyyyy sangattttt! :D


kau pehal pandang2?? nak kaki?
kau jgn main gila ngn aku ea. hewhew


ni sumpah comel nak mati.
nak cubit2 pipi patu nak tarik misai dia patu nak korek2 mata dia.
comeyyyyyyy! :D

Wednesday, April 18, 2012

hibernate

tak terlalu lama untuk aku berhibernasi dalam duniaku sendiri.
aku hanya peruntukkan sedikit masa untuk diri sendiri.
lari dari sangkar teknologi
lari dari mencoret nukilan di blog ini.
lega.
:)


hello peeps. :)

Thursday, April 12, 2012

Wednesday, April 11, 2012

yang pelik tu menarik.

pernah tgk tak ada org bercinta gaduh ya rabbi
perang pungpang2
marah tak ingt dunia
salah org ni salah org tu
dah dua2 tak reti beralah
org ni marah org ni sembur balik
tgh gaduh2 tak pasal2 masuk bab tuti frutti ngn wayang
terus baik mcm tak ada apa2.
mcm sengal sket.
-__-

kan sweet kalau dapat mcm tu.

ouh ada org tanya aku tadi apa status aku dgn chunk.
a ah kan. aku tak pernah mention pun psl ni.

aku ngn chunk tak declare couple pun.
ktorang bercinta je.
tp aku salu marah dia sbb aku garang.

tp ada sebab.

Kata Luqman Al-Hakim kepada anaknya, 
Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

Tuesday, April 10, 2012

salah siapa??

ada satu kesahnya mcm ni.
letakkan diri kau dalam situasi ni.

kau boyfren dia and dia gurlfren kau.
time kau rindu kau cari gf kau and hepi2
bila kau rasa tak perlu kau buat senyap.
kau mkn tinggalkan gf kau then gf kau frust mkn ngn laki lain.
lps tu kau marah.
siapa yang nak dipersalahkan kat sini?

kes ni pulak.
kau keluar jln2 sorg atau berteman dgn org lain
tiba2 dorg tanya, mana bf kau? tak temankan kau ke?
dgn hambar jawab, ouh entah la.
sedangkan kau tahu apa dia tgh buat time tu.
rasa mcm ada bf ke tade bf ke sama je.
mcm kau hidup sorg jugak.
salah siapa?

bila setia kau buat mcm tu
bila cari lain, kau nak marah2 pulak.
aku tak salahkan mana2 tapi secara logiknya
bf and gf ni memerlukan antara satu sama lain.
bukan waktu bila kau perlu kau akan ada dgn dia,
bila waktu si gf perlu kau tak amek tahu pun pasal dia.
and sebaliknya.
bila salah sorg givup nak putuskan dgn cara baik,
yang lagi satu tak boleh terima pulak. tanak lps la hape la.
then sampai bila nak mcm tu?

manusia ni diberi pilihan untuk memilih.
tapi sbb fikir persekitaran dan mulut2 longkang yang tak pernah tahu apa cerita sebenarnya akan berkata,
tak guna, pemain hati.
tapi secara dalamnya, pernah ke korang tahu derita seseorg tu?
luar nampak tabah dgn senyuman
dalam luka berdarah mcm ditarah tarah.

selagi kau belum bergelar suami atau isteri
tak ada siapa yg berhak untuk halang kau memilih.
takde hak.
skali lagi aku ulang sekerasnya,
tak ada hak untuk halang.

sape mkn cili, sendiri terasa pedas.
aku malas nak explain panjang.

gudnyte.

Monday, April 9, 2012

tunang :)

dah lama aku tak update status kawan2 skola dulu
tak kira la skola rendah mahupun menengah.
tiba2 harini terlintas untuk tgk wall sorg demi sorg kawan2 aku
memandangkan diri mahu berehat setelah letih berjalan pulang dari kelas.
rupanya, ramai kawan2 aku dah bertunang and ada yang dah nak kahwin pun.
oh tuhan. cepat betul masa berlalu.
aku rasa mcm baru semalam aku borak2 dgn mak ckp lagi 5 tahun aku nak kawen.
tp dari tahun ke tahun
takkan la tak gerak2 5 tahun tu kan.
and tak sangka, aku sekarang dah 21 tahun. terasa tua.
dah aku pun dah mula terasa nak bertunang. hihi.
makkkk nak kawennnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!!!!!

seronok tgk kawan2 aku yang dah bertunang,
tp aku rasakan mcm masih terlalu awal untuk perkara tu.
dalam usia 21 tahun ni
ada benda yang lebih penting lagi untuk aku fikirkan.
masih banyak benda lagi yang aku ingin kejarkan.
tapi mungkin itu takdir mereka.
jodoh pertemuan, semuakan Dia yang tentukan :)

dear hubby,
if u read this, i hope we can get married soonnnnnnnnnnn.

mak, angah nak bertunang esok boleh? hewhew
(ayah kat belakang ready tali pinggang nak sebat. ;p)

tak kesah la bila pun.
tiba masa nanti, aku tetap akan bertunang and berkahwin jika sampai jodohnya.
dan anak pertama aku nama Orkid :)
berangan sangat dah aku ni.
ok bye.

btw, congratsss untuk semua kawan2 aku yang dah ke jinjang pelamin.
fatin esa, gjoi, sadam and lain.
semoga kalian gembira dan bahagia di samping yang tersayang.


kan seronok bila tgh duduk2 tiba2 ada org tegur,
awak, kita bertunang esok nak?
awwwhhhhhhhhhhhhh T_T

Sunday, April 8, 2012

tak terfikir sejauh itu.

benda paling bahagia untuk aku saat ini, waktu ini, time ni, masa ini adalah
kejayaan chunk sambung master kat UM.
Alhamdulillah. congratulations sayang. :)

semalam pergi mkn dgn dia.
74 kali dia sebut, "awak, saya tak percaya saya dapat sambung master"
aku gelak je. tp senanya aku mcm rasa sedikit sebak dan sangat bersyukur
sbb dia sendiri tak percaya diri dia mampu sampai ke tahap tu
apatah lagi org sekeliling yang memandang n masih terkial2 menuntut sarjana muda.
tak kesah la org nak ckp over ke hape.
na ckp eleh, ramai je yang sambung master tak kecoh pun, ke hape ke.
yang penting, aku bangga gila dengan dia.
thats it.

and my dear, yayang..
gudluck in your future undertakings.
i love you.
biar susah sekarang,
semoga tuhan memberi kesenangan kelak.
Amin.

Saturday, April 7, 2012

langkah pendekar tak pernah berhenti.

6 tahun lps. aku masih ingt.
form3 saat mana zaman kegemilanganku dalam arena persilatan terserlah.
aku dan yang lain menjadi buah mulut manis buat skolah tercinta.
dari daerah ke negeri, 'emas' dalam tgn kami.
tp sayang, mungkin rezeki cuma di situ masa tu
sbb peringkat kebangsaan, kami kalah. hewhew
mungkin sbb first time main kebangsaan.
darah gemuruh tu lain siket.
tapi mungkin tak seneves darah gemuruh malam pertama. ahaha

ok dah. aku nak cerita silat. bukan malam pertama. -_-
dah 6tahun aku tinggal permainan silat tu
and minggu lps aku turun gelanggang tgk game untuk lps gian.
aku rinduuuuu gilaaaaaa nak bersilat!
b4 ni ada jugak aku dtg tp tu 2 3 tahun yang lps.
before masuk alam universiti yang mana jadual makin padat.
aku try carik balik gambar2 time main silat dulu tp sume rasanya mcm da hilang. :(
maklumlah, dulu zaman belum canggih.
pendrive pun 1gb je dulu.
pakai kamera digital biasa je.
sayang gila aku rasa bila kenangan lps tak ada untuk dipertontonkan balik.

tak kesah la.
apa yang penting skarang,
aku bangga gila bila tgk makin ramai budak2 muda yang belajar main silat.
bangga!

dan sekarang, aku mungkin tak akan main lagi untuk bertanding
tapi aku akan terus turun gelanggang untuk mengajar dan memberi sokongan. :D
hidup silat seni dan olahraga! :D


junior masal puteri. :)
main acara perseorangan adalah lebih mudah dibandingkan acara berkumpulan.
4 org bermain tapi sefahaman, gerak geri, kepekaan hanya satu.
am proud. :)


aku, fida, nyah and syahmi.
dorang ni satu batch ngn aku sama2 main masa kbgsaan dulu. :)

selagi darah silat mengalir dalam badan aku,
selagi tu aku akan terus bersilat.
esok ada anak pun aku nak ajar dia bersilat. hewhew

Friday, April 6, 2012

buang masa

benda senang.
kalau kau nak org berubah untuk kau
kau sendiri dulu berubah baru kau tegur org untuk berubah. clear sgt kan ayat aku.
hidup bukan untuk sarat maratkan pale otak dgn benda remeh2 mcm tu.
tak boleh, tak payah teruskan.
org lain pun tak ada hak nak tentukan apa kau nak.
so do i.

kau nak mcm tu mcm ni dgr ckp kau amek remeh segala benda.
so aku pun sama.
aku tak ada masa nak main2.
7 ribu kali aku ulang pun mcm ckp dgn cermin.
yang fahamnya aku sorg.
buang masa.